04/05/2011

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah terletak di kampung Baru Lendu Alor Gajah Melaka.Kira-kira 8km dari pekan Alor Gajah,dan 24km dari Bandar Melaka.Keluasan kawasannya lebih kurang 1.5 ekar.

     Sekolah ini telah ditubuhkn pada 1.11.1951 dengan sebuah bangunan yang mempunyai 3 buah kelas dan sebuah bilik guru.En Tan Teck Kee sebagai Guru Besar yang pertama.Pada tahun 1979 memandangkan 3 buah kelas yang sedia ada tidak mencukupi,satu bangunan baru telah dibina.Bangunan baru ini mempunyai 2 buah bilik darjah,sebuah pejabat,sebuah bilik guru dan tandas.Seterusnya pihak LPS dan PIBG telah berjaya memungut derma sebanyak RM10 ribu ringgit untuk membina kantin sekolah.

      Pada tahun 1980 bangunan lama sekolah telah uzur dan di makan anai-anai.Oleh kerana sekolah ini bantuan penuh,pihak sekolah,LPS dan PIBG telah membuat permohonan kepada kerajaan untuk membina bangunan baru.Bangunan baru 3 tingkat telah siap dibina pada 10.10.1999.Bangunan baru ini mempunyai 4 buah bilik darjah,bilik sains,bilik KH,bilik mesyuarat,bilik guru,pejabat,pusat sumber,bilik kesihatan,tandas dan stor-stor.Murid-murid berpindah masuk ke bangunan baru pada awal tahun 2000

     Pada tahun 2003,kelas pra sekolah bermula,salah sebuah bilik darjah di ubahsuai menjadi bilik pra sekolah.Bilik pra sekolah ini mempunyai dapur dan tandas sendiri dimana pembantu pra akan menyediakan makanan murid-muridnya disini.

29/04/2011

Selamat Datang Ke Blog Pusat Akses SJKC LENDU

Kursus Bina Blog FT17

Satu Kursus membina blog anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka akan diadakan di SMV Datuk Seri Mohd Zin. Ia akan berlangsung pada ketetapan berikut :

Tarikh : 26 April 2011
Masa : 8.00 - 5.00
Tempat : makmal Komputer SMV Datuk Seri Mohd Zin

26/04/2011

ABOUT US


S.J.K. (C) LENDU
ALOR GAJAH, 78000 MELAKA
TEL /FAKS : 06-5568272
EMAIL : mbc0055@ppdalorgajah.edu.my